Monday, December 6, 2010

LEPASKAN GELAS ITU!



Seorang pakar motivasi memegang segelas air dan bertanya kepada para pelajar. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Para
pelajar menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!”
pelajar menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!”
pelajar menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!”
pelajar menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan Dr. boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang
pelajar menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Pakar motivasi tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Para pelajar mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.

Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”