Monday, December 6, 2010

LEPASKAN GELAS ITU!



Seorang pakar motivasi memegang segelas air dan bertanya kepada para pelajar. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Para
pelajar menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!”
pelajar menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!”
pelajar menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!”
pelajar menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan Dr. boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang
pelajar menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Pakar motivasi tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Para pelajar mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.

Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

 

Monday, November 29, 2010

Tips: 8 Langkah Packing Pakaian Utk Perempuan

Packing baju ni bagi yang lelaki memang mudah, simple. Contoh: cuti raya aritu saya bercuti selama 7 hari dan packing baju pula ambil masa 10 minit jer ( baju utk 7 hari) wow! 

Tapi bagi kaum hawa pakaian mereka adalah nisbah 2 :1 daripada pakaian lelaki. Fakta! Jika lelaki macho biasa memakai 1 baju dan 1 seluar (2 helai) , manakala perempuan melayu terakhir memakai 1 helai baju kurung, 1 helai pakaian dalam, 1 helai kain baju kurung dan 1 helai kain dalam (4 helai) 2:1 kan!

 *Gambar hiasan semata-mata hoho...

Tak perlu risau lagi nak bawa beg yang banyak kerana di sini akan dikongsikan tips bagaimana packing pakaian yang smart seperti yang dikongsikan melalui video di post terdahulu.

1. Pilih satu beg pakaian yang sesuai dan elok.

2. Siapkan dan susun semua pakaian kita di luar beg itu (jgn terus masukkan). 

 Lebih kurang macam ni ler...

3. Jika ada kasut, masukkan atau sumbatkan stokin atau (pakaian kecik kita..heh) ke dalam kasut. Kasut selalu memakan ruang beg pakaian dan kasut yang kosong jika diletak di dalam beg akan jadi leper. 

Ish...sayangnya kalau leper

Oleh itu penuhkan isi kasut kita dan masukkan ke dalam plastik sebeum dimasukkan ke dalam beg. Biasanya kasut adalah item last skali yang kita masukkan ke dalam beg, akibatnya kasut menjadi rosak semasa proses kita menyumbatnya ke dalam beg huhu

Tak payah sumbat stokin...heh

So, item pertama yang kita perlu masukkan ke dalam beg adalah kasut anda (tak kisah adidas or vincci). Ohya, tak perlu sumbat stokin ke dalam vincci...(^_^).

4. Bagaimana nak melindungi pakaian kita yang istimewa seperti baju kurung atau kot daripada kedutan? Ikuti video ini...


5. Kemudian anda masukkan baju-baju t-shirt secara bergulung ke celah-celah kasut, susun dan penuhi ruang kosong beg anda di bahagian bawah. Teknik gulungan army roll boleh rujuk di video ini.

6. Kemudian kita boleh masukkan seluar yang digulung pula ke dalam ruang beg di bahagian atas (atas pada baju t-shirt).

7. Kemudian kita gunakan tuala untuk tutup keseluruhan beg. Ini bertujuan untuk melindungi pakaian kita yang lain daripada kotoran dan dengan mengurangkan lipatan tuala kita dapat menjimatkan ruang.

8. Pakaian kita yang besar dan tebal seperti jaket dan baju sejuk seeloknya dipakai terus di badan bagi menjimatkan ruang dan memanaskan badan.

Ikuti lagi tips-tips menarik dalam post akan datang...(",)

Thursday, November 4, 2010

Berapakah Harga Diri Kita?



Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

Motivator: Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi :Siapa yang masih mahu duit ini?

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

Motivator : OK, sekarang masih ada yang berminat?

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Motivator : Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita. Wallahualam...

Sunday, October 31, 2010

Saksikan Jaringan Final Piala Malaysia 2010!

Memori lalu...

Memori 2010...
JUARA PIALA MALAYSIA!


GOMO KELATE GOMO!
THE RED WARRIORS!


SEJARAH BARU DIUKIR!

Jaringan Piala Malaysia 2010...


Kelantan 0-1 N.Sembilan  13' Norshahurain (Pen)



Kelantan 1-1 N.Sembilan  57' Hairudin Omar



Kelantan 2-1 N.Sembilan  65' Badhri Radzi


 Tahniah Kelantan!

Piala Malaysia 2010: Kelantan 2 - 1 N. Sembilan


Tahniah Kelantan!
Juara Piala Malaysia 2010!
Kelantan akhirnya muncul juara Piala Malaysia 2010! 
GOMO KELATE GOMO!



Kelantan akhirnya berjaya membawa pulang Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2 gol berbalas 1. Negeri Sembilan berjaya mendahului menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Sharuain Abu Samah pada minit ke 13 dan pada minit ke 57 Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan kemas Hairudin Omar yang mendapat hantaran Norshahrul Idlan.

Gol kemenangan kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi pada minit ke 65 dan disambut dengan gegaran dan laungan lebih 80 ribu penonton kelantan yang memenuhi stadium bukit jalil.

Setelah muncul sebagai naib juara sebanyak 3 kali sebelum ini (1955, 1970, 2009), kelantan sekali lagi bertandang ke stadium keramat Bukit Jalil bagi menentang juara bertahan Negeri Sembilan. Pertemuan kali ini merupakan misi membalas dendam bagi negeri Kelantan yang telah mengalami kekalahan kepada seteru yang sama pada akhir Piala Malaysia 2009 dengan kekalahan 3-1.

Atas kejayaan yang di perolehi oleh Negeri Kelantan, maka besok iaitu 31 Oktober Kerajaan Negeri telah mengistiharkan CUTI UMUM di Kelantan (31-10-10). Jom Balik KB mengucapkan tahniah sekali lagi atas kejayaan tersebut :)


Wednesday, October 13, 2010

Tips: Gulungkan baju, jimatkan beg

Gulung baju? Kita selalunya melipat baju bukan menggulung baju. Ya, selalunya kita melipat baju dan memasukkannya ke dalam almari pakaian. 


Teknik menyimpan pakaian ke dalam almari adalah tidak sama dengan teknik menyimpan pakaian ke dalam beg. Ini kerana ruang menyimpan di dalam beg adalah sangat terhad dan tanpa teknik yang betul anda akhirnya akan membawa lebih banyak beg.

Habis macammana? Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda teknik yang lebih baik untuk packing pakaian ke dalam beg iaitu dengan menggunakan teknik army roll atau teknik 'gulung askar'. 
Lebih kurang begini la jadinya...

Ya, anda tidak silap membacanya, dengan menggulungkan baju anda dapat menjimatkan ruang beg dan juga mengurangkan kedutan pada baju.

Bagaimana caranya? Ikuti video ini...


Jika anda rasa info ini berguna sila share dengan kawan-kawan anda. Berkongsi ilmu banyak pahalanya...

Jika anda menyukai post ini sila klik 'like' di bawah ini.

Jom Balik KB @ UiTM Puncak Alam


Semalam, 10.10.10, Jom Balik KB telah meninjau kampus UiTM Puncak Alam yang terletak di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Kampus terbaru UiTM ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.

Pembinaan kampus baru ini melibatkan tiga fasa dan fasa pertama telahpun siap dan beroperasi. Antara pusat pengajian yang telah siap ialah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Farmasi (FF).

Dua kolej kediaman iaitu Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana yang menempatkan lebih 600 pelajar juga sudah siap.


Kolej Rafflesia


Kolej Angsana


Pembinaan kampus baru ini, turut melibatkan pertambahan bidang pengajian oleh UiTM pada masa depan selain mampu menempatkan 13,000 penuntut dalam satu-satu masa sekiranya kesemua fasa pembinaan siap sepenuhnya.

Jom Balik KB sedang merancang untuk menyediakan perkhidmatan bas pulang ke Kota Bharu kepada pelajar-pelajar di kampus UiTM Puncak Alam pada masa akan datang dan berharap agar semuanya berjalan lancar.

Sunday, October 10, 2010

Tips: Cara Packing Pakaian Yang Smart!

Seringkali kita hadapi masalah dalam packing pakaian untuk berjalan jauh. Tahukah anda bagaimana caranya untuk packing baju untuk sebulan ke dalam satu beg sahaja! Ya, satu beg sahaja...ikutilah video berikut untuk ketahui caranya.



Friday, October 8, 2010

Sunnah atau Adab Sebelum Bersafar


Bersafar atau bermusafir atau berjalan adalah aktiviti ang selalu kita lakukan. Namun jika kita dapat amalkan sunnah Rasulullah dalam perjalanan kita maka sepanjang perjalanan kita akan mendapat pahala menghidupkan sunnah! Antara amalan sunnah Rasulullah sebelum bersafar adalah:

1. Memaklumkan safar yang akan dibuat/ memohon kebenaran ibubapa bagi yang belum akil baligh.
2. Memilih teman untuk bersafar (dilarang bagi wanita bersafar tanpa mahram)
3. Menunaikan solat sunat safar dua rakaat.
4. Bermesyuarat dengan ahli keluarga/ teman-teman yang bersafar bersama.
5. Disunnahkan melantik seorang pemimpin jika tiga orang atau lebih.


Tuesday, October 5, 2010

Al-Ansar Services, Jom Balik KB dan ...


Al-Ansar Services (AS)adalah syarikat yang mengendalikan program Jom Balik KB di alam nyata dan juga di alam siber melalui laman blog jombalikkb.blogspot.com serta laman web jombalikkb.com.

Syarikat AS ditubuhkan pada 30 Mei 2010 dan berpengalaman dalam menguruskan pengangkutan untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan khas kepada para pelajar. Melalui pengurusan yang lebih sistematik dan efisien, AS berharap akan menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan mudah kepada para pelajar.

Berikut adalah ringkasan maklumat syarikat:-

Nama: Al-Ansar Services


Alamat: 6-2, Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Tmn. Subang Perdana, 40150 Shah Alam, S'ngor.
Blog : jombalikkb.blogspot.com

Website : jombalikkb.com

Email : jombalikkb@gmail.com



Sunday, October 3, 2010

JomBalikKB.com

Jom Balik KB sedang membangunkan sebuah laman web bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Melalui pendekatan e-ticketing, pelanggan dapat membuat tempahan bas dan pembayaran secara online.

Sungguh mudah dan menjimatkan masa!

Untuk mengintai laman web kami, sila layari http://jombalikkb.com . Jom tengok..(^_^)

Friday, October 1, 2010

UiTM Shah Alam: Balik Raya Aidilfitri 2010

Pada 4 Sep 2010, Jom Balik KB melalui syarikat Al-Ansar Services (AS) telah mengendalikan 4 buah bas untuk pelajar UiTM Shah Alam dan sebuah bas untuk pelajar Politeknik Shah Alam bagi balik Raya Aidilfitri 2010 baru-baru ini. Pada trip kali ini, kami telah menggunakan perkhidmatan bas dari Dataran Pintar Travel (DPT) sila layari http://dataranpintar.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Secara keseluruhannya, pengurusan bas pihak DPT adalah baik namun perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh pemandu mereka amat mengecewakan. Sebuah bas DPT telahtiba lewat tanpa memberi makluman awal kepada pihak AS dan kami beserta pelajar terpaksa menunggu selama 4 jam.

Di atas rasa tanggungjawab, kami telah membayar gantirugi kembali kepada semua penumpang bas tersebut.
Pihak kami akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini untuk trip akan datang.

Jom Balik KB dan Al-Ansar Services mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang menggunakan perkhidmatan kami dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.

Semoga bertemu lagi di masa akan datang...

 Selamat Hari Raya AidilFitri 
Maaf Zahir & Batin
 
 Bas DPT

 Pelajar Menunggu di Astaka Padang Kawad UiTM.

Bas meninggalkan Padang Kawad UiTM.

Thursday, September 30, 2010

peta kelantan: Jom balik KB

Perbincangan Jom Balik KB Aidillfitri 2010


  • ramdan Perkhidmatan bas ke Kota Bharu terus dari UiTM Puncak Alam sempena hari raya Aidilfitri 2010. Ada yang berminat?
    about 2 months ago

  • Wawa rm bape??..lalu jertih x??
    about 2 months ago

  • Nurhafizahamazah bas ape ni??kang kene bas persiaran lg..sakit blakang oah..
    about 2 months ago

  • Hazirah date?
    about 2 months ago

  • Mira Maisara cui sbnyer bape aribln??tgo 3/9 ley blik da..btol kee??
    about 2 months ago

  • ramdan wawa: RM 45, xlalu jertih
    hafiza: bas persiaran.. blh refer kiffah.com.my
    hazirah: pergi KB, 4&5/9 balik Puncak Alam, 17&18/9.
    amira: Uitm Shah Alam da stat cuti 6/9...puncak alam xtau

    makluman:
    Syarikat kami telah mula mengambil tempahan tiket raya utk pelajar Uitm Shah Alam.
    Trip Puncak Alam -KB masih di dlm perancangan, namun jika terdapat permintaan ramai kami bersedia utk menyediakan bas utk pelajar Uitm Puncak Alam.

    Jika terdapat permintaan, pihak kami juga memrlukan agen tiket menguruskan promosi dan tiket di sana. Ada yg berminat nk bt part time?
    about 2 months ago

  • ramdan Ops... utk tempahan sila e-mail Nama/No. telefon/Trip# kpd servicealansar@gmail.com

    Trip A: Pergi KB 4/9 & balik Puncak Alam 17/9 jam 9.30mlm
    Trip B: Pergi KB 5/9 & balik Puncak Alam 18/9 jam 9.30mlm
    about 2 months ago

  • Siti sayaa berminatt part time...haha
    last Friday

jom balik kb under construction





sebarang pertanyaan, emel kepada jombalikkb@gmail.com

Jom Balik KB

jom balik kb sedang dikemaskini