Sunday, October 31, 2010

Saksikan Jaringan Final Piala Malaysia 2010!

Memori lalu...

Memori 2010...
JUARA PIALA MALAYSIA!


GOMO KELATE GOMO!
THE RED WARRIORS!


SEJARAH BARU DIUKIR!

Jaringan Piala Malaysia 2010...


Kelantan 0-1 N.Sembilan  13' Norshahurain (Pen)



Kelantan 1-1 N.Sembilan  57' Hairudin Omar



Kelantan 2-1 N.Sembilan  65' Badhri Radzi


 Tahniah Kelantan!

Piala Malaysia 2010: Kelantan 2 - 1 N. Sembilan


Tahniah Kelantan!
Juara Piala Malaysia 2010!
Kelantan akhirnya muncul juara Piala Malaysia 2010! 
GOMO KELATE GOMO!



Kelantan akhirnya berjaya membawa pulang Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2 gol berbalas 1. Negeri Sembilan berjaya mendahului menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Sharuain Abu Samah pada minit ke 13 dan pada minit ke 57 Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan kemas Hairudin Omar yang mendapat hantaran Norshahrul Idlan.

Gol kemenangan kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi pada minit ke 65 dan disambut dengan gegaran dan laungan lebih 80 ribu penonton kelantan yang memenuhi stadium bukit jalil.

Setelah muncul sebagai naib juara sebanyak 3 kali sebelum ini (1955, 1970, 2009), kelantan sekali lagi bertandang ke stadium keramat Bukit Jalil bagi menentang juara bertahan Negeri Sembilan. Pertemuan kali ini merupakan misi membalas dendam bagi negeri Kelantan yang telah mengalami kekalahan kepada seteru yang sama pada akhir Piala Malaysia 2009 dengan kekalahan 3-1.

Atas kejayaan yang di perolehi oleh Negeri Kelantan, maka besok iaitu 31 Oktober Kerajaan Negeri telah mengistiharkan CUTI UMUM di Kelantan (31-10-10). Jom Balik KB mengucapkan tahniah sekali lagi atas kejayaan tersebut :)


Wednesday, October 13, 2010

Tips: Gulungkan baju, jimatkan beg

Gulung baju? Kita selalunya melipat baju bukan menggulung baju. Ya, selalunya kita melipat baju dan memasukkannya ke dalam almari pakaian. 


Teknik menyimpan pakaian ke dalam almari adalah tidak sama dengan teknik menyimpan pakaian ke dalam beg. Ini kerana ruang menyimpan di dalam beg adalah sangat terhad dan tanpa teknik yang betul anda akhirnya akan membawa lebih banyak beg.

Habis macammana? Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda teknik yang lebih baik untuk packing pakaian ke dalam beg iaitu dengan menggunakan teknik army roll atau teknik 'gulung askar'. 
Lebih kurang begini la jadinya...

Ya, anda tidak silap membacanya, dengan menggulungkan baju anda dapat menjimatkan ruang beg dan juga mengurangkan kedutan pada baju.

Bagaimana caranya? Ikuti video ini...


Jika anda rasa info ini berguna sila share dengan kawan-kawan anda. Berkongsi ilmu banyak pahalanya...

Jika anda menyukai post ini sila klik 'like' di bawah ini.

Jom Balik KB @ UiTM Puncak Alam


Semalam, 10.10.10, Jom Balik KB telah meninjau kampus UiTM Puncak Alam yang terletak di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Kampus terbaru UiTM ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.

Pembinaan kampus baru ini melibatkan tiga fasa dan fasa pertama telahpun siap dan beroperasi. Antara pusat pengajian yang telah siap ialah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Farmasi (FF).

Dua kolej kediaman iaitu Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana yang menempatkan lebih 600 pelajar juga sudah siap.


Kolej Rafflesia


Kolej Angsana


Pembinaan kampus baru ini, turut melibatkan pertambahan bidang pengajian oleh UiTM pada masa depan selain mampu menempatkan 13,000 penuntut dalam satu-satu masa sekiranya kesemua fasa pembinaan siap sepenuhnya.

Jom Balik KB sedang merancang untuk menyediakan perkhidmatan bas pulang ke Kota Bharu kepada pelajar-pelajar di kampus UiTM Puncak Alam pada masa akan datang dan berharap agar semuanya berjalan lancar.

Sunday, October 10, 2010

Tips: Cara Packing Pakaian Yang Smart!

Seringkali kita hadapi masalah dalam packing pakaian untuk berjalan jauh. Tahukah anda bagaimana caranya untuk packing baju untuk sebulan ke dalam satu beg sahaja! Ya, satu beg sahaja...ikutilah video berikut untuk ketahui caranya.



Friday, October 8, 2010

Sunnah atau Adab Sebelum Bersafar


Bersafar atau bermusafir atau berjalan adalah aktiviti ang selalu kita lakukan. Namun jika kita dapat amalkan sunnah Rasulullah dalam perjalanan kita maka sepanjang perjalanan kita akan mendapat pahala menghidupkan sunnah! Antara amalan sunnah Rasulullah sebelum bersafar adalah:

1. Memaklumkan safar yang akan dibuat/ memohon kebenaran ibubapa bagi yang belum akil baligh.
2. Memilih teman untuk bersafar (dilarang bagi wanita bersafar tanpa mahram)
3. Menunaikan solat sunat safar dua rakaat.
4. Bermesyuarat dengan ahli keluarga/ teman-teman yang bersafar bersama.
5. Disunnahkan melantik seorang pemimpin jika tiga orang atau lebih.


Tuesday, October 5, 2010

Al-Ansar Services, Jom Balik KB dan ...


Al-Ansar Services (AS)adalah syarikat yang mengendalikan program Jom Balik KB di alam nyata dan juga di alam siber melalui laman blog jombalikkb.blogspot.com serta laman web jombalikkb.com.

Syarikat AS ditubuhkan pada 30 Mei 2010 dan berpengalaman dalam menguruskan pengangkutan untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan khas kepada para pelajar. Melalui pengurusan yang lebih sistematik dan efisien, AS berharap akan menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan mudah kepada para pelajar.

Berikut adalah ringkasan maklumat syarikat:-

Nama: Al-Ansar Services


Alamat: 6-2, Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Tmn. Subang Perdana, 40150 Shah Alam, S'ngor.
Blog : jombalikkb.blogspot.com

Website : jombalikkb.com

Email : jombalikkb@gmail.com



Sunday, October 3, 2010

JomBalikKB.com

Jom Balik KB sedang membangunkan sebuah laman web bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Melalui pendekatan e-ticketing, pelanggan dapat membuat tempahan bas dan pembayaran secara online.

Sungguh mudah dan menjimatkan masa!

Untuk mengintai laman web kami, sila layari http://jombalikkb.com . Jom tengok..(^_^)

Friday, October 1, 2010

UiTM Shah Alam: Balik Raya Aidilfitri 2010

Pada 4 Sep 2010, Jom Balik KB melalui syarikat Al-Ansar Services (AS) telah mengendalikan 4 buah bas untuk pelajar UiTM Shah Alam dan sebuah bas untuk pelajar Politeknik Shah Alam bagi balik Raya Aidilfitri 2010 baru-baru ini. Pada trip kali ini, kami telah menggunakan perkhidmatan bas dari Dataran Pintar Travel (DPT) sila layari http://dataranpintar.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Secara keseluruhannya, pengurusan bas pihak DPT adalah baik namun perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh pemandu mereka amat mengecewakan. Sebuah bas DPT telahtiba lewat tanpa memberi makluman awal kepada pihak AS dan kami beserta pelajar terpaksa menunggu selama 4 jam.

Di atas rasa tanggungjawab, kami telah membayar gantirugi kembali kepada semua penumpang bas tersebut.
Pihak kami akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini untuk trip akan datang.

Jom Balik KB dan Al-Ansar Services mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang menggunakan perkhidmatan kami dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.

Semoga bertemu lagi di masa akan datang...

 Selamat Hari Raya AidilFitri 
Maaf Zahir & Batin
 
 Bas DPT

 Pelajar Menunggu di Astaka Padang Kawad UiTM.

Bas meninggalkan Padang Kawad UiTM.