Wednesday, October 13, 2010

Jom Balik KB @ UiTM Puncak Alam


Semalam, 10.10.10, Jom Balik KB telah meninjau kampus UiTM Puncak Alam yang terletak di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Kampus terbaru UiTM ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009.

Pembinaan kampus baru ini melibatkan tiga fasa dan fasa pertama telahpun siap dan beroperasi. Antara pusat pengajian yang telah siap ialah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Farmasi (FF).

Dua kolej kediaman iaitu Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana yang menempatkan lebih 600 pelajar juga sudah siap.


Kolej Rafflesia


Kolej Angsana


Pembinaan kampus baru ini, turut melibatkan pertambahan bidang pengajian oleh UiTM pada masa depan selain mampu menempatkan 13,000 penuntut dalam satu-satu masa sekiranya kesemua fasa pembinaan siap sepenuhnya.

Jom Balik KB sedang merancang untuk menyediakan perkhidmatan bas pulang ke Kota Bharu kepada pelajar-pelajar di kampus UiTM Puncak Alam pada masa akan datang dan berharap agar semuanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment