Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia 2010: Kelantan 2 - 1 N. Sembilan


Tahniah Kelantan!
Juara Piala Malaysia 2010!
Kelantan akhirnya muncul juara Piala Malaysia 2010! 
GOMO KELATE GOMO!



Kelantan akhirnya berjaya membawa pulang Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2 gol berbalas 1. Negeri Sembilan berjaya mendahului menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Sharuain Abu Samah pada minit ke 13 dan pada minit ke 57 Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan kemas Hairudin Omar yang mendapat hantaran Norshahrul Idlan.

Gol kemenangan kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi pada minit ke 65 dan disambut dengan gegaran dan laungan lebih 80 ribu penonton kelantan yang memenuhi stadium bukit jalil.

Setelah muncul sebagai naib juara sebanyak 3 kali sebelum ini (1955, 1970, 2009), kelantan sekali lagi bertandang ke stadium keramat Bukit Jalil bagi menentang juara bertahan Negeri Sembilan. Pertemuan kali ini merupakan misi membalas dendam bagi negeri Kelantan yang telah mengalami kekalahan kepada seteru yang sama pada akhir Piala Malaysia 2009 dengan kekalahan 3-1.

Atas kejayaan yang di perolehi oleh Negeri Kelantan, maka besok iaitu 31 Oktober Kerajaan Negeri telah mengistiharkan CUTI UMUM di Kelantan (31-10-10). Jom Balik KB mengucapkan tahniah sekali lagi atas kejayaan tersebut :)


No comments:

Post a Comment